Monday, May 16, 2011

Bayi boleh membaca??

Posted by Haridah Sahri at 1:45 AM 0 comments
Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha besar kuasanya.. ya Qahhar Ya Jabbar.

Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya membina satu laman blog untuk saya berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman saya selama ini. Ini kerana banyak jugak kesalahan-kesalahan yang pernah saya lakukan selama ini. Saya tidak mahu apa yg pernah saya alami sebelum ini, juga di alami oleh ibu-ibu yang lain. Pada saya sharing di dalam medium sebegini, lebih ramai lagi ibu-ibu diluar sana akan mendapat manfaatnya.

Saya mempunyai dua orang puteri, Nabeelah (2tahun 6bulan) dan Nabeehah (1 tahun 7 bulan). Mereka amat rapat, hanya beza umur dalam 11 bulan, semasa lahir k ngah Nabeelah belum boleh berjalan lagi, semasa saya bersalin, k long terpaksa dihantar ke rumah opah bangi kerana dia masih kecil. 10 hari kami berpisah, bila berjumpa kak long dah pandai berjalan..

Semasa mengandungkan Nabeelah saya sering google diinternet untuk mencari artikel mengenai pendidikan untuk bayi... mcm2 artikel disave, tapi bila dah dapat kak long, dalam umur kak long baru 4 bulan, rupanya saya dah mengandung 2 bulan, kepala dah mula-mula pening dan loya2... semangat untuk mendidik jatuh merundum. Banyak benda yg sudah dibaca hendak diaplikasi, tapi badan tidak berdaya.

Pada umur kak long setahun, saya sudah membelikannya Little Reader - satu software yang amat bagus untuk digunakan. Tapi zaman saya beli tu, little reader masih di 'zaman batu'. Mmg susah ade silibus tetapi masih tidak ade hardware seperti yang dapat skrg.

Tapi masa tu, motivasi dan pengetahuan masiih cetek, software di beli, tetapi tidak digunakan sebaiknya..

Apabila bertemu dengan Wati :: Genius Baby on Board.. dan melihat anaknya Qarissa sudah pandai membaca dalam umur yang kecil, saya tercabar.. "aku beli ajer.. tapi kak long tak pandai2 pun lagi???"

Bila sudah berjumpa dengan wati untuk menjadi konsultan untuk menjual produk tersebut... apa bila wati terangkan semua, baru jelas dan kembali bersemangat semula...

So. kepada ibu2 semua, kita adalah harapan anak-anak kita, mereka tidak tahu apa2 dari kecil... apa yg kita kasi mereka, itu yg mereka terima... Kita lebih utama untuk memperbaiki diri kita sendiri, perbanyakkan membaca dan cinta untuk mencari ilmu sebanyak mungkin. Tapi yang lebih utama kita praktik apa yg kita belajar... tahu berjuta-juta ilmu pun tak praktik pun tak guna....

ok,... alamak panjang pulak intro... ehehe
bye wassalam

Ummu N's

Sunday, April 24, 2011

tes

Posted by Haridah Sahri at 6:37 PM 0 comments
test
 

Bayi boleh membaca? Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop